9.11.09

Tidur

Sejak dua menjak ni aku peratikan yang waktu tido aku dah tak tentu hala, kucar-kacir je. Ada kejap-kejap pukul 8.30 malam dah padam, kang besok-besok pulak pukul 4 pagi. Entah apa kes aku pun tak tau. Nak kata kurang kalsium, tak mungkin la kot. Apa pulak kaitannya kalsium dengan waktu tidur yang tak konsisten? Kalau nak cakap aku sibuk buat esaimen, mana mungkin. Aku dah lama tak perlu hadir ke kolej setiap pagi jam 8.30, memang aku dah takkan dapat esaimen punya sekarang ni. Dan satu lagi, walaupun dulu aku ada berlambak-lambak esaimen tapi tak pernah la pulak aku tido lambat pasal nak setelkan esaimen. Buang tebiat ke ape?

Sebab letih, mungkin la kot. Tapi kalau dah tido pukul 4 pagi apa kejadah letihnya tu. Tak nampak langsung ketepatan penggunaan perkataan 'letih' di situ. Kalau kata kerana melepak, boleh jugak aku percaya. Yela, kekadang syok melepak bawak ke pagi. Selagi tok imam tak singgah kedai mamak beli roti canai, selagi tu taknak balik. Itu la agaknya penyebab timing tido jadik lambat.

Kadang-kadang memang aku malas nak lepak malam-malam ni, tapi nak buat macam mana, dah member beria-ia ajak. Lepak je la sekali. Sambil-sambil tu bole minum-minum, usya awek, suit-suit awek, hisap rokok, bagi kucing makan keropok Toki, carut-carut dengan Prabu (pekerja mamak), dan seribu satu macam aktiviti yang membahagiakan hati nurani ini.

Tapi bila dah tido lambat, bangun pun jadik lambat. Ni yang aku kurang gemar ni. Nanti mula la kucar-kacir nak bangun, nak mandi, nak gosok gigi, nak trim misai dan macam-macam lagi. Pernah jugak aku tido awal, tapi lambat jugak bangun. Entah apa yang susah sangat nak bangun awal pun aku tak tau. Tapi kalau aritu ada plan nak pegi dating, cepat pulak bangun. Siap pagi-pagi bancuh milo panas dengan goreng lempeng lagi. Memang set brekfes yang sangat lengkap untuk pagi tu. Aishh, pening-pening....

Sekarang ni pun, sewaktu catatan ni dibuat, mana aku tido lagi. Kalau dah tido macam mana pulak aku dengan terernya menaip beratus-ratus patah perkataan tanpa slek sedikit pun, betul tak? Ishh, naik bingung aku dibuatnya. Yang buat aku lagi bingung kan, entah pape la yang aku mengarut tulis pagi-pagi buta ni. Lagi bertambah aku bingung, kenapa la kau sanggup habiskan masa baca entri aku kali ni. Baik kau gunakan masa tu dengan memakan nasik ke, memberus gigi ke, pegi pomen moto ke, membajak sawah ke, ada jugak faedahnya. Dah-dah, tutup pc tu, pergi masak nasik, kang kalau lapar salahkan aku pulak.

No comments: