2.5.10

Puas!

Saat aku menulis ni masih lagi terngiang-ngiang petikan gitar yang super hebat dari Kid, Din sama Joe, macam tu jugak la dengan dentuman bass dari Eddie dengan Nasir. Jugak hentakan padu drum dari Black mahupun Abang Yazid. Memang berbisa, menyengat, membunuh, memuaskan, dan segala macam kata-kata yang tak dapat nak digambarkan langsung. Memang tadi Search dengan Wings memberikan yang terbaik untuk peminat yang datang, sangat la berbaloi-baloi!

Masa nak pergi ke sana pun kereta dah berderet-deret, paking tepi jalan tu jangan cakap la. Bukan setakat 2 layer, sampai 3-4 layer pun ada. Memang dari anggaran aku la, ada dekat 750,000 orang yang datang (eh, yeke?). Belum kira lagi yang dok bersidai kat luar tak reti-reti nak masuk walaupun show dah nak start. Mungkin pasal tak beli tiket lagi gamaknya, nasib baik la tiket aku dah rembat awal-awal siang tadi. Takde la kelam kabut sangat.

Masuk je dalam venue konsert, fuhhh, terasa bahangnya. Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Belum kira lagi yang dok panjat-panjat tebing semata-mata malas nak masuk lagi dalam sebab mungkin panas tak tentu hala. Siap ada brader-brader yang bawak anak kecik tengok konsert sambil himpit-himpit dengan ramai orang. Orang kata walaupun dah beranak pinak tapi jiwa masih rock. Salute la brader!

Pilihan lagu tak payah cakap la, setakat Isabella tu mesti ada punya. Bak kata Amy, lagu ni dah macam lagu Negaraku pulak. Dia punya wajib nyanyi setiap kali show sama la dengan lagu Negaraku yang wajib kita nyanyi kat perhimpunan sekolah setiap hari Isnin. Gemuruh, Opera Hidup dengan Balada Pemuzik Jalanan sangat mengasyikkan. Sejati, Gadisku, Rozanna, Nur Nilam Sari, Isi dan Kulit, Taman Rashidah Utama, Semalam Yang Hangat pun ada jugak tadi. Tambah lagi dengan segmen solo gitar antara Joe dengan Kid, pulak tu Black sama Abang Yazid bergasak ketuk drum secara solo. Memang terbaik!

Senang cerita, sangat berbaloi la keluarkan RM 70 untuk tiket sebab showmanship yang diberikan kedua-dua band sangat la hebat. Bila lagi nak tengok 2 band otai kat Malaysia ni main satu stage sejak kali terakhir pada 17 tahun yang sudah. Tapi Awie ada khabar tadi, InsyaAllah bulan 6 ni sekali lagi diorang main, tapi kali ni kat Stadium Larkin, Johor pulak. Sesiapa yang terasa nak buat trip pergi Johor tu bagitau la, mana la tau ada kelapangan masa boleh la join tengok kat sana pulak. Sambil tu boleh jugak mengorat awek-awek Johor, hehe.

notakaki : tapi tadi tak nampak pulak budak-budak dress up bunkface kat situ. agaknya tak kena dengan jiwa diorang.

2 comments:

Nad Ali said...

wah semangat double trouble!

zulhelmimalek said...

haha,tau takpe..
ape barang tokio hotel..