4.9.10

Ilmiah

Malam semalam sesi lepak lepak gua memang gua rasa yang paling berilmiah setakat ni. Mana taknya, member gua, cikgu kacak dah bukak macam macam topik tentang ilmu sains. Dari ilmu fizik, cara cara untuk mendapatkan atom, pergerakan molekul molekul halus, malahan jugak diceritakan oleh beliau tentang topik angkasa raya yang mengandungi entah berapa banyak galaksi agaknya serta cerita tentang alien, connection yang dibuat antara manusia dengan alien serta falsafah falsafah alien.

Gua yang tak berapa nak tau apa apa ni hanya mampu tercengang mendengar sambil berasa kagum dengan gaya penceritaan beliau yang diselang selikan dengan kesan efek khas asap asap rokok yang bertaburan. Dengan dibantu samar samar lampu jalan menjadikan sesi melepak malam tadi benar benar bermakna bagi gua dan rakan rakan yang lain.

Tapi gua risau dengan satu member gua yang join semalam. Ada ke patut, dia nak try bagi signal kat alien dengan harapan alien tu akan balas balik signal yang dia hantar tu? Apa, lu ingat lu boleh hantar signal kat alien pakai henfon lu ke apa?