10.3.10

$$$

Semalam masa balik kerja aku barai atas jalan kerana eksiden. Ada budak langgar aku dari belakang. Bila dah eksiden, secara otometik motor akan mengalami beberapa kecacatan.

Lepas ejas motor kat Kedai Motosikal Rao lebih kurang 4 jam petang tadi, akhirnya masa untuk pembayaran. Setelah dikira-kira kesemuanya, berikut adalah kos yang telah diperolehi:

  • Head Lamp = RM 35
  • Head Lamp Cover = RM 38
  • Head Lamp Rear Cover = RM 28
  • Side Mirror = RM 10
  • R/H Switch = RM 20
  • Wiring = RM 18
  • Horn Cover = RM 12
  • Brake Lever = RM 7
So, total kesemuanya adalah sebanyak RM 168 sahaja. Itu tak termasuk RM 30 aku pergi klinik cek dengan doktor mana tau kot-kot tulang rusuk aku patah satu ke takpun kelenjar prostat aku lari tune belah kanan, akhirnya puan doktor hanya kasi 3 jenis ubat besertakan surat MC satu hari.

Tapi ada satu je la masalah yang masih aku tak dapat nak tangani lagi.

...

"Woi budak, bila lu nak suruh abah lu bayar balik semua kos yang gua keluarkan tadi???
Lu ingat lu langgar anak ayam ke???"

No comments: