3.3.11

Lu Pejuang Terulung Melayu Ke?

Tajuk nampak macam panas, tapi yang sebenarnya tak berapa panas pun. Yang panas pun gua ni, sebab kipas kat atas gua ni macam tak laju je berputar. Bukannya pasal ada benda panas ke apa, tapi semuanya kerana kipas yang slow.

Tapi gua tetiba teringat pasal satu insiden kat dalam YM pada satu ketika dulu. Benda ni jadi masa gua baru baru je habis belajar, so kira masa tu gua muda lagi la sebab umur pun baru nak cecah 20. Masa tu gua tengah syok layan YM dengan awek awek yang ada dalam friend list gua, tetiba ada member gua menyelit buzz buzz sama gua. Gua pun layankan je la, mengenangkan dia tu member gua kat kolej dulu.

Nak dijadikan cerita, bersembanglah kami dengan merepek dan merapunya. Entah macam mana boleh pulak termasuk topik berkaitan kaum ni. Gua kalau orang nak bercerita pasal kaum atau bangsa ni memang malas sikit nak layan, tapi sebab masa tu awek awek ramai yang dah sign out so gua pun layan la member gua tu.

Mula la dia merapu cerita pasal Malaysia ni tak lama lagi kalau dibiarkan habis orang Melayu terbiar nasibnya, merempat di tanah air sendiri. Berjela jela la member gua ni berhujah mempertahankan kepentingan mempertahankan hak hak istimewa Melayu di bumi yang bertuah ini.

Kejap kejap dia tibai kaum ni, kejap kejap dia tibai pulak kaum yang ni. Lepas tu bangga dengan kedudukan darjat orang Melayu yang pada dia memang tak boleh nak dicuit sedikit pun, hatta sepintas lalu. Gua memang dah malas nak layan benda benda macam ni, walaupun gua sendiri orang Melayu. Gua cuma cakap kat dia satu benda je;

"Lu rasa besok kat akhirat Tuhan pandang pada imam dan amalan lu ke atau pada jenis bangsa lu? Kalau lu Melayu, tapi jenis tak reti nak solat, kuat mabuk, pantang nampak perempuan sikit mulalah konek terpacak, kutuk orang sana sini, lu rasa Tuhan pandang lu tinggi ke tak?"

Diam.

"Kalau orang tu Cina, tapi dia Muslim yang lebih baik sikap dan amalannya berbanding dengan lu la kan, agak agak Tuhan pandang rendah kat dia ke walaupun amal dan iman dia pada tahap yang lebih tinggi dari lu, hanya kerana dia berbangsa Cina. Agak agak lu macam mana?"

Kali ni dia menjawab.

"Bro, sekarang gua cerita pasal bangsa, bukannya agama. Bab agama lu tak payah la nak cerita." balas dia.

"Ye, gua tau tu semua. Tapi yang penting bagi gua adalah agama dan iman. Bukannya lu Melayu, Cina atau India. Yang penting iman, tu je." gua jawab.

"Memang la, tapi lu sendiri Melayu. Dan Melayu pun otometik lahir je dah Islam, betul tak?" dia provok gua.

"Ye, betul tu. Tapi lu tak malu ke bila lu yang lahir lahir je dah jadi Islam, tapi perangai serupa macam orang bukan Islam. Lu tak malu ke? Bro, Cina pun ada yang Islam, India pun ada yang Islam. Melayu memang Islam, tapi jangan lu lupa, ada juga yang murtad, ingat tu." balas gua.

Sepi.

Tup tup gua tengok dah sign out. Ceh!

1 comment:

Ily Fatihah said...

biasa la.melayu.apa yang dibanggakan aku pun tak tau.melayu tapi tak tau malu.melayu melayu